BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 30, 2012

~MEDAN ITU~

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..
Perancangan Allah hebat sekali..
Kesyukuran yang tidak terhingga..
Perjalanan yang cukup untuk membuat hatiku terisi dan puas..
Sebagai hadiah istimewa sempena hari tuaku..
Membuka lembaran baru dalam pertambahan usiaku..
Memberi semangat baru dlm kehidupan yang lebih berliku...



29 Jun 2012..

Langkahan bermula seusai menunaikan solat Jumaat di Masjid Azhar..
Berpusu-pusu rakyat Mesir menuju ke MEDAN itu..
Menzahirkan tuntutan mereka...
Menolak pemerintahan askari..

Sorakan suara mereka bagai memecah awan biru..
Menerobos langit sepi..
Jangan ditanya bagaimana dan kenapa?
Kemenangan bisa mereka kecapi..
Lihat sahaja 'hamasah' mereka..
Dalam menegakkan kebenaran hakiki..

Melihat kesungguhan dan semangat mereka..
Benar-benar ibrah bisa di ambil buat diri..
Pergantungan mereka hanya pada Illahi..



Ajaib  sekali mereka-mereka ini..
Dari anak-anak kecil,renaja,dewasa hinggalah golongan tua..
Turun memberi sokongan tanpa menyedari keringat diri..

Moga lembaran baru bisa di lampirkan dalam diri..
Ya Allah,bersyukur sekali padamu Illahi..
Memberi ku peluang untuk menghirup udara MEDAN ini..
Terasa perancanganmu begitu rapi..



Ya Robb..izinkan aku lagi untuk menjejaki medan ini..

~Bintumizabidi~
Al-Azhar,Kaherah







0 comments: