BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 18, 2012

~Pandanglah Dgn Mata Hati~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Wahai diri..
Sejauh manakah dunia ini..
Ku jadikan ladang untuk akhiratku..
Jika benar dunia itu ladang.
Kenapa tidak ku bercucuk tanam..
Agar hasilnya bisa ku peroleh di akhirat sana..


Kelihatannya seperti malas berusaha..
Masih sibuk bermain-main..
Masih punya banyak waktu yang di siakan..

Di mana pun kamu adanya,
Akhirat itu benar-benar pasti..
Mahu lari ke mana kamu..
Bagaimana ingin bertemu Allah nanti..
Bekalan apa yang kamu mahu pamerkan lagi??

Ya Allah..
Sampaikan aku ke bulan MULIA itu..
Sudah bersediakah diri?
Di manakah kesungguhan..
Di manakah perubahan..
Kelihatannya seperti masih samar..

Atau..di layan seperti bulan-bulan biasa..
Tanpa punya peningkatan..
Tanpa punya perubahan..

Wahai diri..
Persiapkan Ramadhan kali ini..
Persiapan yang terbaik dalam sejarah hidupmu..
Kerna masih belum pasti..
Ramadhan akan datang..
Bakal aku temui..

Ayuh..
Mari jadi hamba Rabbani..
Bukan hamba Ramadhani..
Menjadi bekalan bertemu Allah nan pasti..



~Bintumizabidi~
Al-Azhar,Kaherah













0 comments: